Friday, June 24, 2011

Pakcik Oh Pakcik

Pabila semua peniaga di pasar malam Jelatik (Jumaat 24 jun 2011) sedang sibuk mengemas barang, kelihatan seorang insan sedang mengutip beberapa helai sayuran yang telah dibuang peniaga, selepas itu (sambil berjalan terhencot-hencot) dikutip pula beberapa biji bawang yang telah busuk, sayu hatiku melihatnya, begitu susahnya pakcik ini sehingga sanggup mengutip sayuran dan bawang yang telah busuk, kalau kita tergamak ke nak makan? rezeki yang ada pun dibazirkan inikan pula nak mengutip rezeki yang telah dibuang kan? tanpa berlengah aku mengambil sekilo ikan kembung lalu diberikan kepada pakcik itu, "terima kasih nak" ucap pakcik itu tanda bersyukur. Selama aku berniaga kat pasar malam jelatik ni belum pernah aku melihat pakcik ini meminta-minta seperti insan yang tidak berkemampuan yang lain, terdetik hatiku nak bertanya kenapa dia hidup merana sebegitu rupa, ahh!!! minggu depan jer lah aku temuramah pakcik ni, lagipun time tu aku tengah sibuk mengemas. Insyaallah.




Tuesday, June 21, 2011

Seram: Damping Malam

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, aku masih setia pada moniter burukku. haha seburuk manapun moniter buruk ni la yang banyak berjasa padaku walaupun kadang² ia buat aku naik angin. kerana dia aku mengenali internet, kerana dia juga aku berbloging. erkkk.. apa yang aku merepek ni, entry ni bukan pasal moniter ler, entry ni pasal...... errr, biar aku sambung cerita jer.

Malam tu aku masih melayan kerenah di Fan Page, tak putus² memberi teka-teki, dari satu teka-teki hinggalah ke satu teka-teki yang lain hinggakan aku dah kehabisan idea, sampaikan teka-teki yang pelik² aku bagi kat diowg. salah satunya "beruk apa yang suka melawak?" jawapannya beruk makyeh dan "Binatang apa kepala besar belakang kecik?" jawapannya Ikan bilis pakai helmet ler. hiks!!!

Puas melayan Fan Page, jemariku dah mula longlai, mataku dah mula kabur. kelopak mataku bagaikan menahan bebanan 1tan metrik. memang sah aku sudah mengantuk

Bermulalah.....
Pc sudahpun ku shut down, lampu sudahku tutup. kini tibalah saat yang paling terindah yang dinanti-nantikan oleh semua insan. apa lagi masuk tidur ler...
Ketika didalam proses nak melelapkan mata aku sempat berangan seketika.. kalaulah aku seorang jutawan, akan ku ubah surau kat kampungku menjadi masjid, akan ku bantu insan yang tidak berkemampuan...

Sedang asyik berangan tiba² terasa benda sedang merayap dari kakiku hingga ke badan, tubuhku jadi kaku, tak mampu nak bergerak, ku cuba melawan tapi nyata hanya sekadar sia².ku cuba membuka mataku.. ternyata memang tak boleh.ku hanya mampu berbicara didalam hatiku.  dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim... aku membaca ayat Qursi berulang kali. segera ia melepaskan ku. fuhhhh... aman..
"bodo punya hantu, tak gheti nak tidoq ka?" ku geram.. terasa macam nak bagi penampar jer... errr... ada bran ker? haha.. 

Kusangkakan panas sampai kepetang rupa²nya hujan ditengah hari.
tiba² pintu bilikku terbuka. muncul satu lembaga hitam terpacak didepan pintu bilikku. "natang pa plak dah" bulu romaku menegak, terasa seram sejuk walaupum tika itu aku bermandikan peluh semasa melawan lembaga yang menindihku tadi. tanpa berlengah ku segera membaca ayat Qursi. belumpun sempat ku habis membaca tiba² cahaya menerangi ruang bilikku. mataku terkebil² melihat lembaga hitam tadi bertukar menjadi seorang lelaki yang berkulit sawo matang. "lar... hang ka, aku ingt natang pa tadi" kah kah kah... teman serumah aku rupanya. nasib baik aku tak baling dengan batang penyapu. jika tidak ape pun tak bleh...



Thursday, June 16, 2011

DISKO: Badut Sarkas Bayar Kat Tokey Sarkas Untuk Buat Persembahan

Selalunya tokey sarkas bayar kat badut untuk buat persembahan kan? tapi sarkas ni lain dari yang lain dimana badut² sarkas kena bayar kat tokey sarkas untuk buat persembahan. kenapalah badut² ni terlalu cetek pemikirannya yer. sanggup bayar untuk buat persembahan boleh diketegorikan sebagai kurang pandai... haha... lasernya aku... dah la nak buat persembahan nak kena bayar, nak minum pun kena bayar dengan harga yang luar biasa, paling luar biasa harganya ialah air belacan, selalunya badut² ni layan air belacan supaya persembahan mereka lebih mantap, kata seorang badut kalau tak kena air belacan ni tak best, nanti bila buat persembahan tak cukup bagus, katanya lah...  tapi yang paling untung badut² dari spesis tak ada ekor sebab badut dari spesis yang berekor akan tanggung persembahan badut yang tak berekor ini. namun badut² yang berekor ni tak sebodoh yang disangka walaupun hakikatnya memang kurang pandai, mereka ada strategi.. takkan tanggung free je kan, mesti nak upah, setelah badut yang tak berekor ni penat buat persembahan ditambah pula dengan mabuk air belacan, badut yang tak berekor ini dibawa kesarang badut yang berekor, pastu buat apa lagi? mengawanlah!!! ahaks...

Sedarlah wahai umat islam yang digelar badut ini, hidup didunia hanyalah sementara, masa yang ada perlu digunakan sebaik mungkin, kita tak tahu hari mati kita, entah esuk, ataupun lusa... apa yang ada kat disko tu? nak tenangkan fikiran? itu je ker tempat yang paling terbaik? kalau itu terbaik kenapa perlu pergi berkali² sampai ada yang kehabisan wang ringgit kerana disko ini. terang² masalah semakin bertambah, tekanan yang dilepaskan hanyalah sementara ketika dibuai oleh bisikan syaitan, selepas itu syaitan akan membisik supaya membuat dosa lain dan bertambahlah lagi masalah, siapa yang untung? apa lagi syaitan bertepuk tangan lah.. ada geng kat neraka nanti.

Sesungguhnya jalan terbaik bersujudlah pada yang maha Esa, segala kesusahan datang dari Dia untuk menguji kita, tangganilah kesusahan dengan memanjat doa kepadanya dan kesenangan bakal menanti pabila ajal menjemput.. Wassalam...

Wednesday, June 15, 2011

Orang Malaysia Makan Tikus

Di India tikus dianggap dewa mereka, tikus dijaga di kuil mereka dan diberi makan serta diberi minum susu.
mereka tidak akan sesekali memakan tikus sebab tikus adalah dewa mereka... biasa je kan...

luar biasa sikit....
Di sesetengah negara miskin mereka makan tikus sebab kebuluran.. kos hidup yang tinggi menyebabkan mereka terpaksa memilih tikus sebagai makanan mereka kerana tikus boleh dapat free jer...

 errrrr... yang ni lua biasa neh...
Di Vietnam mereka makan tikus macam makan ayam jer, tikus-tikus ini digoreng ataupun dibakar dan banyak dijual di tepi jalan. bagi mereka tikus sedap dan menyelerakan... erkkk... sedap ker?

haha... yang ni lagi luar biasa...
Di Malaysia, mereka menelan hidup2 anak tikus yang baru lahir... betul ke ni? kalau kat negara miskin diowg makan sebab terpaksa, kalau kat vietnam mereka masak dahulu.. ni di Malaysia pulak boleh telan tikus hidup2? kata seorang kenalan tikus dimakan untuk mengubati penyakit lelah.

pss//:dah tak ada cara lain ker?

Sunday, June 12, 2011

Ajaib! bawang putih menyerupai bawang merah!

Ciptaan Tuhan! Ajaib kan?
"Ada bawang putih yang menyerupai bawang merah tak?" tanya seorang pelangan lingkungan 30an kepada seorang penjual barangan runcit di pasar malam, penjual itu kehairanan, ada ker bawang macam tu? kalau ada pun nak buat apa? lelaki itu membisik "nak tarik duit!" "kalau ada ataupun kalau terjumpa jual kat saya, saya sanggup bayar RM1000" lelaki itu beredar setelah meniggalkan nombor telifon.

Perghhhh.... sampai seribu dia nak bayar.. penjual tu senyum sinis, dalam hatinya berkata kalau jumpa 10 pun aku tak jual, syirik!

Namun keimanan penjual itu diuji, selang seminggu selepas itu dia terjumpa ketika tengah menyusun bawang putih, seumur hidupnya sebagai peniaga bawang belum pernah melihat bawang sebegitu rupa. nak tahu apa peniaga tu buat? dia kasi kat aku pastu aku potong buat bahan tumis untuk masak kari kepala ikan. perghhhh sedap der....