Monday, May 2, 2011
Takde sivik punye orang, budaya kita wajah kita tau
Jam sudah masuk pukul 12.30 tengah hari, Acik dan Joe segera mengemaskan barang-barang di pasar,
Joe: wei, dah lewat la kata, hang dok ralik pa gi.
Acik: sat la nak gayot dgn marka pun tak bleh eh, macam la ang tu x dak marka.
Joe: pungkok hang, saja ja nak perli aku, tau la aku baru lepas putuih. bengong..
Acik: hang kata hang terer, upanya dalam hati ada taman, hahahahaha...
Joe: taman bunga ngaya ada la. haha
selesai mengemas Acik dan Joe siap sedia nak balik... Dalam perjalanan tiba-tiba.
Acik: wei kat pasar tadi sowg marka tu tgok aku der.
Joe: hang ni boleh tahan jugak ea
Acik: baru hang tau.
Joe: tau pa plak?
Acik: baru hang tau yg aku ni hensome.. muahahha...
Joe: kah kah kah... tu la owg sembang bab itik hang sembang bab ayam. aku nak cakap hang ni bleh tahan jugak hang punya perasan..
Acik: biaq tak hensome janji mulut mau maneh.
Joe: maneh toya hang, bau rokok ada lah... hahhaha...
seorang minah rempit dan mat rempit sedang berlumba....
Joe: woi babi, nak rest pun jgn la masuk ljn sehala.. otak tak dak ka... hang tgok Acik, sikit gi nak langgaq gheta ku. sek bek aku dan elak, dah la roadtax tak dak..
Acik: jaga joe ada lg sowg kt belakang, pompuan tu.. elak weh, elak...
Joe: kalau bab pompuan hang mmg tera. pompuan ni pun satu, nak rest dgn owg jantan..
Acik: wei pompuan tu accident lah, berlaga dgn gheta kat blakang kita.. jom kita tgok...
setelah memberhentikan kereta, Joe dan Acik segera ke tempat kejadian...
Joe: haaa... padan dgn muka hang, sek bek hang tak mampuih...
Minah Rempit: bang tolong saya... saya kena ragut, tolong kejar(sambil mengerang kesakitan)
Acik: laaaa... awak kena ragut rupanya, ingtkan awak dok rest tadi... nak ligan pa gi depa da p jauh da eh.. awak pi buat repot ja.sblum tu meh kami tlg hantr ke klinik.
Minah Rempit: tak pe bang rumah sye dekat je, nanti sye kol bapak sye..
Joe: awak ne name ape? kalau nak kol ayah, sye boleh bagi pinjam hp..
Acik: toksah dok cakap kl lah,kalau dah dok cheruk ulu tu ulu jugak.. tadi bukan men marah, ni nak tunjuk bek plak..
Minah Rempit: tekpelah bang, sy bleh jalan lagi, rumah depan tu jer..
Selang beberapa minit, gadis tadi dikerumuni orang ramai orang.. Acik dan Joe segera beredar dari situ..
Cerita ini adalah kisah benar dari penulis sendiri
-Ragut-
di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
· Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
· Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
bagaimana ia boleh belaku:
· Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
· Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.
· Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.
· Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.
langkah-langkah keselamatan dari ragut:
· Sentiasa membawa wang secara minima.
· Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
· Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
· Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
· Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
· Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
· Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
· Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
· Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan. -Sumber:www.rmp.gov.my-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment