Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
- Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.
Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.
Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.
Apa beza disini dan disana?
- Huruf 'i' dan 'a'.
Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)
Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.
Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.
Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.
Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.
Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.
Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
- Bayang-bayang.
Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest?
- Gunung Everest.
Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
- Peta.
Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
- Monyet jadi ramai.
Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
- gunung meletus, tali putus, orang mampus.
Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
- Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.
Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
- Kerana dia memandu waktu tengahari.
Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.
Ali bin Abu, lembu bin apa?
- lembu binATANG.
Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
- Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.
Ular apa yang paling panjang?
- Ulasan.
Jauh di mata, dekat di hati?
- Usus.
Men apa yang berada kat atas?
- Mentol.
Gula apa yang tak manis?
- Sugar daddy.
Pemain sukan yang pentingkan masa?
- Felipe Massa.
8 comments:
http://www.infojawatankosong.net/...tumpang laluuu
lalu lalu....
ehem. hebat la jgk..
benda apa lepas 2 3 hari dia tinggalkan rumah dan pergi rumahlain .hantar di mickail 2020@gmail.com
Nak tanye korang , ade teka teki nie . Tolong bagi saye jawapan yea . TOPI HIJAU BUKAN ASKAR , BAJU PUTIH BUKAN NURSE , ADA EKOR BUKAN BINATANG ?? Apee ae ? Tolong korang .
Salam , korang nak minta tolong nie . Tolong bagi jawapan kat saye teka teki niee . TOPI HIJAU ASKAR , BAJU PUTIH BUKAN NURSE , ADA EKOR BUKAN BINATANG ??? Ape jawapan dia yea ?
hehehe..tq :)
brung apa bleh dri,bleh bring tpi tk bloh duduk?
Post a Comment