Thursday, April 28, 2011

Itik, Ayam Dan........

Dua sahabat baik iaitu itik dan ayam sedang bersiar2 di tepi kolam, mereka ada lah sahabat baik sejak lahir,bak kata pepatah susah dan senang sentiasa bersama. hakikat itu diakui apabila Si Ayam pernah menyelamatkan Si Itik dari pemburu. Mari kita ikuti kisah mereka :)

Ayam :(sambil sedang mengais cacing) kejam sungguh dunia ni yer. cacing makan tanah, kita makan cacing, maknusia makan kita. kalaulah aku seekor harimau akan ku baham maknusia kejam yang tiada timbang rasa. yang kuat menindas yang lemah, yang lemah ditindas dan menindas yang paling lemah. masing-masing mahukan kuasa untuk kepentingan diri sendiri

Itik:Tu la pasai, depa harap akai ja ada tapi letak kat pala lutut, aku cakap lagutu sebab depa senang-senang buang anak, nak habaq ni, ibu kita dulu sapa-sapa mai dekat 1meter ja dia ligan penceroboh tu jauh2. hak ni, bole pulak depa buang anak lam longkang, kalau dah rasa tak mau sangat cari la sapa-sapa yang nak anak depa tu. bodo pianq.

Ayam:Betul tu Itik, satu lagi diorang tak cukup2 dengan kesenagan yg diorang dapat. berperang sesama sendiri semata-mata mahukan kekayaan, akibatnya yang lemah menjadi mangsa oleh kekejaman bangsa diaorang sendiri.

Itik:Akibatnya tsunami melanda habitat depa, ribut taufan semua mai kat depa. tu pun depa takleh nak pikiaq lagi.

Ayam:Sudah la Itik, cakap pasal diorang ni sampai diorang tarah bukit sampai licin pun belum tentu habis, hari pun dah senja jum kita balik.

Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
  • 1 Asap
  • 2 Dajjal
  • 3 Binatang melata di bumi
  • 4 Terbitnya matahari sebelah barat
  • 5 Turunnya Nabi Isa A.S
  • 6 Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  • 7 Gerhana di timur
  • 8 Gerhana di barat
  • 9 Gerhana di jazirah Arab
  • 10 Keluarnya api dari kota Yamanmenghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai harikiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa.Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenalisebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukul kan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orangi tu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orangurunnya Nabi Isa. A.S di negeriSyam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satul agi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini,bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiahdiminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda," Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan.Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina,orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang dimasjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib,Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja,agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, merekamendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

4 comments:

mayamasturahahmad said...

sungguh bijak ayam dan itik :P

Dak Ketegaq said...

terima kasih :D

ieyza afieyna said...

penyampaian yg baik.. nak share ye..^^

Dak Ketegaq said...

Boleh jer :)