Monday, May 16, 2011
Maafkan saya cikgu
Ingat lagi masa tu aku di tahun 3, sementara menunggu cikgu masuk ke kelas aku bermain sorok² dengan rakan sekelas, biasalah budak².. ada masa terluang ja mesti ingat nak main jerk, "1... 2... 3... 4... 5..." aku membilang sambil rakan² sekelas ku mencari tempat untuk bersembunyi,habis mengira sorang² aku jumpa, hanya tinggal seorang sahaja yg masih belum aku temui, sambil mencari aku terpandang almari kelas, tampa berlengah aku terus buka, tiba² cikgu bahasa inggeris terpacak kat belakang aku, "kamu buat apa tu?" belum sempat aku menjawab rakanku keluar dari almari tersebut, "kenapa kamu kurung dia dalam almari?, sekarang kamu masuk dalam" perghhhh... berpeluh aku duduk dalam almari tu dengan ruang udara yang terhad, untuk pengetahuan, cikgu tu aku dan rakan² gelar Sir Mohd Gayyus sebab dia dayus pukul budak kecik macam aku, huhu... dia memang anti dengan aku, aku pun tak tahu kenapa, pernah juga aku kena pukul sebab bergaduh dengan rakan sekelas, peliknya aku jer yang kena, rakan sekelas aku tu jentik sikit pun tak. sejak itu aku membenci cikgu tu dan tak suka matapelajaran bahasa inggeris sebab cikgu tu mengajar bahasa inggeris.
Hinggalah aku sampai di tingkatan 5 aku masih lemah dalam matapelajaran bahasa inggeris,niat dihati memang nak belajar sebab ni tahun akhir aku dibangku persekolahan,SPM dah nak dekat, aku cuba belajar dengan bersungguh².. suatu hari teacher tengah mengajar, "siapa tak faham angkat tangan" dengan pantas aku angkat tangan "apa yg kamu tak faham?" aku jawab semuanya sebab memang aku betul² tak faham semuanya, teacher tu terus buat muka,muka dia macam menyampah je dengan aku, dia ingat aku memain kot, kengkawan semua ketawakan aku, sekali lagi aku hilang minat dalam matapelajaran bahasa inggeris, sejak hari tu aku kerap ponteng kelas, tapi tak pernah kantoi sebab aku pengawas sekolah. alasan yang aku beri bertugas cari pelajar yang sedang ponteng padahal aku yg sedang ponteng, hiks!!! sampailah saat yang dinantikan semua pelajar tingkatan 5, "keputusan SPM" nak tau risults SPM aku? jangan ketawa yer..
Bahasa Melayu(2A), Sains(3B), Sejarah(6C), Pendidikan Islam(6C), Pendidikan Seni(6C),Ekonomi Asas(6C), Perdagangan(6C),Matematik(7D) dan Bahasa Inggeris(9G).
aku memang dah menduga bahasa inggeris aku failed, sebab aku tak jawab langsung! sekarang baru aku menyesal betapa pentingnya bahasa inggeris,ibarat nasik dah jadi bubur, maafkan saya cikgu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment