Thursday, June 16, 2011

DISKO: Badut Sarkas Bayar Kat Tokey Sarkas Untuk Buat Persembahan

Selalunya tokey sarkas bayar kat badut untuk buat persembahan kan? tapi sarkas ni lain dari yang lain dimana badut² sarkas kena bayar kat tokey sarkas untuk buat persembahan. kenapalah badut² ni terlalu cetek pemikirannya yer. sanggup bayar untuk buat persembahan boleh diketegorikan sebagai kurang pandai... haha... lasernya aku... dah la nak buat persembahan nak kena bayar, nak minum pun kena bayar dengan harga yang luar biasa, paling luar biasa harganya ialah air belacan, selalunya badut² ni layan air belacan supaya persembahan mereka lebih mantap, kata seorang badut kalau tak kena air belacan ni tak best, nanti bila buat persembahan tak cukup bagus, katanya lah...  tapi yang paling untung badut² dari spesis tak ada ekor sebab badut dari spesis yang berekor akan tanggung persembahan badut yang tak berekor ini. namun badut² yang berekor ni tak sebodoh yang disangka walaupun hakikatnya memang kurang pandai, mereka ada strategi.. takkan tanggung free je kan, mesti nak upah, setelah badut yang tak berekor ni penat buat persembahan ditambah pula dengan mabuk air belacan, badut yang tak berekor ini dibawa kesarang badut yang berekor, pastu buat apa lagi? mengawanlah!!! ahaks...

Sedarlah wahai umat islam yang digelar badut ini, hidup didunia hanyalah sementara, masa yang ada perlu digunakan sebaik mungkin, kita tak tahu hari mati kita, entah esuk, ataupun lusa... apa yang ada kat disko tu? nak tenangkan fikiran? itu je ker tempat yang paling terbaik? kalau itu terbaik kenapa perlu pergi berkali² sampai ada yang kehabisan wang ringgit kerana disko ini. terang² masalah semakin bertambah, tekanan yang dilepaskan hanyalah sementara ketika dibuai oleh bisikan syaitan, selepas itu syaitan akan membisik supaya membuat dosa lain dan bertambahlah lagi masalah, siapa yang untung? apa lagi syaitan bertepuk tangan lah.. ada geng kat neraka nanti.

Sesungguhnya jalan terbaik bersujudlah pada yang maha Esa, segala kesusahan datang dari Dia untuk menguji kita, tangganilah kesusahan dengan memanjat doa kepadanya dan kesenangan bakal menanti pabila ajal menjemput.. Wassalam...

No comments: