Tuesday, June 21, 2011

Seram: Damping Malam

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, aku masih setia pada moniter burukku. haha seburuk manapun moniter buruk ni la yang banyak berjasa padaku walaupun kadang² ia buat aku naik angin. kerana dia aku mengenali internet, kerana dia juga aku berbloging. erkkk.. apa yang aku merepek ni, entry ni bukan pasal moniter ler, entry ni pasal...... errr, biar aku sambung cerita jer.

Malam tu aku masih melayan kerenah di Fan Page, tak putus² memberi teka-teki, dari satu teka-teki hinggalah ke satu teka-teki yang lain hinggakan aku dah kehabisan idea, sampaikan teka-teki yang pelik² aku bagi kat diowg. salah satunya "beruk apa yang suka melawak?" jawapannya beruk makyeh dan "Binatang apa kepala besar belakang kecik?" jawapannya Ikan bilis pakai helmet ler. hiks!!!

Puas melayan Fan Page, jemariku dah mula longlai, mataku dah mula kabur. kelopak mataku bagaikan menahan bebanan 1tan metrik. memang sah aku sudah mengantuk

Bermulalah.....
Pc sudahpun ku shut down, lampu sudahku tutup. kini tibalah saat yang paling terindah yang dinanti-nantikan oleh semua insan. apa lagi masuk tidur ler...
Ketika didalam proses nak melelapkan mata aku sempat berangan seketika.. kalaulah aku seorang jutawan, akan ku ubah surau kat kampungku menjadi masjid, akan ku bantu insan yang tidak berkemampuan...

Sedang asyik berangan tiba² terasa benda sedang merayap dari kakiku hingga ke badan, tubuhku jadi kaku, tak mampu nak bergerak, ku cuba melawan tapi nyata hanya sekadar sia².ku cuba membuka mataku.. ternyata memang tak boleh.ku hanya mampu berbicara didalam hatiku.  dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim... aku membaca ayat Qursi berulang kali. segera ia melepaskan ku. fuhhhh... aman..
"bodo punya hantu, tak gheti nak tidoq ka?" ku geram.. terasa macam nak bagi penampar jer... errr... ada bran ker? haha.. 

Kusangkakan panas sampai kepetang rupa²nya hujan ditengah hari.
tiba² pintu bilikku terbuka. muncul satu lembaga hitam terpacak didepan pintu bilikku. "natang pa plak dah" bulu romaku menegak, terasa seram sejuk walaupum tika itu aku bermandikan peluh semasa melawan lembaga yang menindihku tadi. tanpa berlengah ku segera membaca ayat Qursi. belumpun sempat ku habis membaca tiba² cahaya menerangi ruang bilikku. mataku terkebil² melihat lembaga hitam tadi bertukar menjadi seorang lelaki yang berkulit sawo matang. "lar... hang ka, aku ingt natang pa tadi" kah kah kah... teman serumah aku rupanya. nasib baik aku tak baling dengan batang penyapu. jika tidak ape pun tak bleh...



1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.