genap 3 tahun aku bercinta dengan seorang awek dari terengganu,masa tu tahun 2008. namanya Nur Alia Hanim Binti Hassan,seorang anak yatim piatu dan tinggal bersama abang nya di Kuala Terengganu, Alia seorang yang baik hati, setiap kali aku menghadapi masalah kewangan dia pasti akan menolong dengan ikhlas, Alia juga banyak memberi semangat kepadaku untuk berjaya dalam hidup, yang peliknya tentang hubungan kami sepanjang 5 tahun berkenalan kami tak pernah berjumpa dan hanya berhubung melalui telifon, tak pernah webcam dan tak pernah 3G, sepanjang 5tahun juga aku hanya mempunyai sekeping gambarnya. bukan kami tak pernah merancang nak berjumpa, setiap kali nak berjumpa ada sahaja masalah dan musibah yang berlaku. mungkinkah cinta itu buta? hanya Dia yang mengetahwi segalanya.
Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua... sekali terkantoi dekat Myspace, menggunakan nama Nik Nur Zandria tapi picture yang sama,siap ada boyfriend lagi kat situ. tuhan itu maha kaya, hubungan kami putus selepas itu. persoalannya kenapa ada perempuan yg sebegitu? apakah kemahuannya? atau mungkinkah kisah silamnya yang membuatkan ia jadi begitu? terbaru aku terserempak seseorang kat facebook, Zandria Si Penipu. ternyata seorang lagi mangsanya, kali ini lebih teruk, sampai lelaki yang ditipu merampas facebook zandria dan ditukar nama serta pelbagai maki hamun. aku tak pasni lelaki ini mangsa yang keberapa,buat lelaki mahupun perempuan diluar sana, berwaspadalah dengan kenalan di laman sosial dan jangan mudah terpedaya! wasalam...
1 comment:
demm aku pun terkena
Post a Comment