Monday, May 9, 2011

Ibu Misali

Ya Allah! kenapa harus jadi begini?

cukup pilu bila setiap kali baca paper mesti ada kes buang bayi. masyaallah.. walaupun hukum seorang ibu menggugurkan janin atau membuang bayinya tidak disebut dengan jelas dalam al-Quran dan hadis Nabi namun apa yang jelas pembunuhan adalah satu dosa yang besar, gugurkan janin adalah satu pembunuhan dan dilarang dalam al-Quran dan hadis Nabi. kenapa jadi begini? puncanya seks bebaslah apa lagi.. sapa yang salah? lelaki atau perempuan? dua² bangang! si lelaki cukup terkenal dgn pujukan dan tipu helah mereka. si perempuan pula mudah terpedaya dgn janji manis, setia la sangat! yang malu tapi mau pun boleh tahan jugak.. mula² malulah sangat tapi sekali terperangkap dgn si lelaki hidung belang dah tak tau malu. malah terlebih tak tau malu! kata orang sekuat manapun iman, kalau da pompuan b@gel depan pak lebai, pak lebai pun boleh naik syekh.. tapi kita boleh elak kan? pompuan takkan b@gel depan orang ramai melainkan pompuan tu gila.tak paham? tak yah la berdua² an.. tak couple lagi senang! sy ada baca Mastika edisi April 2011,si ibu menggilis payu dara anak gadis mereka yg baru baligh dengan batu atau kain yg dicelup dgn air panas untuk mematikan sel tisu buah dada anak gadis mereka, tujuannya mengelakkan seks bebas dan elak dari dirogol kerana hamil anak diluar nikah adalah sesuatu yang memalukan mereka. itu di Cameroon, kita di Malaysia ni apa tindakan yg kita buat? huh... tak terkira banyak nya.. antaranya pusat video game berlesen, pusat snuker,karaoke dan tindakan paling bijak sekali ialah pusat hiburan..sesungguhnya islam mengharamkan zina dengan dalil yang jelas di dalam al Quran, Surah al Isra, ayat 32 :Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).Telah disebut di dalam ayat ini bahawa zina tersebut akan membawa kerosakan. Antara kerosakan yang dapat dilihat ialah “pembuangan bayi” yang terjadi hari ini. sedarlah hidup didunia hanya sekali dan setiap maknusia akan dihisab. sempena hari ibu mari kita muhasabah diri kita.. renung² kan lah..

Allah SWT berfirman, “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan (menundukkan) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka...Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan (menundukkan) pandangan mereka (daripada memandang yang haram)...” [TMQ An-Nur (24):30-31]






1 comment: