
Ingat lagi masa tu aku di tahun 3, sementara menunggu cikgu masuk ke kelas aku bermain sorok² dengan rakan sekelas, biasalah budak².. ada masa terluang ja mesti ingat nak main jerk, "1... 2... 3... 4... 5..." aku membilang sambil rakan² sekelas ku mencari tempat untuk bersembunyi,habis mengira sorang² aku jumpa, hanya tinggal seorang sahaja yg masih belum aku temui, sambil mencari aku terpandang almari kelas, tampa berlengah aku terus buka, tiba² cikgu bahasa inggeris terpacak kat belakang aku, "kamu buat apa tu?" belum sempat aku menjawab rakanku keluar dari almari tersebut, "kenapa kamu kurung dia dalam almari?, sekarang kamu masuk dalam" perghhhh... berpeluh aku duduk dalam almari tu dengan ruang udara yang terhad, untuk pengetahuan, cikgu tu aku dan rakan² gelar Sir Mohd Gayyus sebab dia dayus pukul budak kecik macam aku, huhu... dia memang anti dengan aku, aku pun tak tahu kenapa, pernah juga aku kena pukul sebab bergaduh dengan rakan sekelas, peliknya aku jer yang kena, rakan sekelas aku tu jentik sikit pun tak. sejak itu aku membenci cikgu tu dan tak suka matapelajaran bahasa inggeris sebab cikgu tu mengajar bahasa inggeris.

Bahasa Melayu(2A), Sains(3B), Sejarah(6C), Pendidikan Islam(6C), Pendidikan Seni(6C),Ekonomi Asas(6C), Perdagangan(6C),Matematik(7D) dan Bahasa Inggeris(9G).
aku memang dah menduga bahasa inggeris aku failed, sebab aku tak jawab langsung! sekarang baru aku menyesal betapa pentingnya bahasa inggeris,ibarat nasik dah jadi bubur, maafkan saya cikgu.
No comments:
Post a Comment