Friday, June 24, 2011

Pakcik Oh Pakcik

Pabila semua peniaga di pasar malam Jelatik (Jumaat 24 jun 2011) sedang sibuk mengemas barang, kelihatan seorang insan sedang mengutip beberapa helai sayuran yang telah dibuang peniaga, selepas itu (sambil berjalan terhencot-hencot) dikutip pula beberapa biji bawang yang telah busuk, sayu hatiku melihatnya, begitu susahnya pakcik ini sehingga sanggup mengutip sayuran dan bawang yang telah busuk, kalau kita tergamak ke nak makan? rezeki yang ada pun dibazirkan inikan pula nak mengutip rezeki yang telah dibuang kan? tanpa berlengah aku mengambil sekilo ikan kembung lalu diberikan kepada pakcik itu, "terima kasih nak" ucap pakcik itu tanda bersyukur. Selama aku berniaga kat pasar malam jelatik ni belum pernah aku melihat pakcik ini meminta-minta seperti insan yang tidak berkemampuan yang lain, terdetik hatiku nak bertanya kenapa dia hidup merana sebegitu rupa, ahh!!! minggu depan jer lah aku temuramah pakcik ni, lagipun time tu aku tengah sibuk mengemas. Insyaallah.




10 comments:

Anonymous said...

ingtkn kt negara luar je ada yg kebulur, kat malaysia pun ada...

Anonymous said...

pak cik tu x ada anak ker?

Dak Ketegaq said...

tak tau la pulak dia ada ka x dak... nak kena tnya ni

Azri Fathurrahman said...

selalu ek pacik tu buat perkara yang sama kat pasar malam tu .. kesian dia , manakah anak beliau ~ .. :(

Unknown said...

ya allah, kesian. masih ad lg insan seperti pakcik tu. kenapa? harap ad yg sudi membantunya.

Dak Ketegaq said...

yup... setiap minggu dia buat perkara yang sama...

dillaazman said...

sedihnye... =(

mySara said...

dunia mmg sadis.... masyarakat??

nuruhuda_329 said...

singgah n follow kamoo^-^

Anonymous said...

kesiannye. :(